betul lah..tuhan tu maha adil. bile pikir2 balik lau nak compare ujian yg dia bagi ni dengan nikmat yg dah aq rasa seumur hidup memang takde tandingannya. bukan aq berputus asa..cuma aq penat. ade mase2nye aq tertanya2 tak habis lagi ke ujian DIA untuk aku..aku takut satu masa nanti iman ni luntur dek kekecewaan..
tapi dalam pada aq tengah melayan dukalara jiwa ni tibe2 aq teringat kata2 s'one pada aq..yg aq kirimkan sebagai sms pada mak waktu pi awal2 accident tu.
"rasulullah itu kekasih ALLAH, tapi jika benar kenyataan ini, mengapa hidup baginda tak pernah senang? sedari kecil tak pernah melihat bapanya, ibu kesayangan pula meninggal saat dia benar2 memerlukan belaian, kemudian atuk dan bapa saudaranya diambil kembali oleh YANG ESA. ditambah pula dengan kesusahan mencari rezaki..tak letihkah baginda? mengapa ALLAH menyeksa kekasihnya sedemikian rupa.." itulah persoalan orang kafir terhadap kwn aq yg beragama islam..
satu saja jawapannya..ringkas dan logik "kerana kesusahan itu menjadikan kita kuat"
betullah kalau difikir2kan hidup takkan selamanya senang..kesusahan2 kecil ni lah yg mendewasakan kita dan menjadi pengalaman berharga untuk menempuhi hari mendatang. dunia ni cuma persinggahan..tu yang aq lupa..atau aq dah terbiasa mendefinasikan persinggahan sebagai satu jangaka masa yg amat singkat..atau aq kadang2 alpa mengingatkan adanya hari akhirat yg kekal abadi dan kedatangan mati yg jadi pemisah ant dunia nyata dan alam barzakh.
aq jadi lemah kerana aku jauh dariNYA..aq jauh dariNYA kerana aq malu..dan aq malu kerana aq banyak berdosa padaNYA..aq banyak berdosa kerana aq tidak benar2 ikhlas mencintaiNYA.
bila difikirkan aq tak perlukan seorang stranger untuk duduk di sebelah aq dan mendengar segala rungutan tentang hidup ni..DIA maha mendengar..dan selama ini tak pernah gagal dalam menunaikan hasratku..baik dengan berkata 'YA' untuk permintaanku atau memberikan yg terbaik..
cuma aq malu..saat menghadapnya aq merasa terlalu hina untuk merintih tentang hidup sedangkan mungkin ini yang selayaknya aq dapat setelah usaha tak seberapa. lagipun jika nak dibandingkan dengan hambaNYA yg lain, dugaan ni memang sangat kecil..terlalu amat remeh kalau nak compare dengan rakyat palestin yg saban hari bermandi darah demi mendapatkan kembali hak mereka. aku punya kebebasan, kemewahan malah kebahagiaan yg mereka impikan..dan aq sedar andai aq alpa..semua ini akan ditarik kembali dalam sekelip mata.
ya RABB, aq merinduimu..ingin sungguh mendakap rahmat dan kasih sayangmu..ajarlah aq erti cinta yg ikhlas wahai TUHAN semesta alam..
<$BlogDateHeaderDate$>
♥ <$BlogItemTitle$>
<$BlogItemBody$>
<$BlogItemDateTime$>
No comments:
Post a Comment