Tuesday, January 20, 2009

SALAM~

kadangkala terasa hidup ni macam naik tinggi sangat ke puncak. terawang2 atas awan kebahagiaan. rasa putih dan bersih. bibir slaloo mengukir senyum indah. waktu2 macam ni aq terlupa untuk fikir macam mana kalau tibe2 kebahagiaan tu lesap. mampu ke aq hadapi..

kebelakangan ni aq banyak menoleh ke belakang. buat hati ni rasa perit sebab terlalu banyak yang harus ditinggalkan untuk pastikan hidup boleh terus maju ke hadapan. pengorbanan tanpa sedar dah buat aq jadi manusia yg heartless. aq berhenti fikirkan org lain sebab hidup aq yg terpenting. ade saatnya aq beritahu pada diri aq mesti ambil semua yg berlaku for granted. jgn smpy ape2 pon terkesan dalam hati sebab aq taknak merana di kemudian hari.

aq lupa yg aq pon manusia biasa. payah.. mungkin untuk berjalan terus aq mampu. tapi menghalang dari perasaan2 tu melekat dalam jiwa adalah di luar batas kemampuan aq. hari ni aq tersedar. hari ni aq biarkan diri aq melayan segala macam perasaan yg hadir. aq terasa macam hidup semula.. seolah jiwa yg gersang ni kembali mekar bunga2an dia. tapi tentunya bahagia tu ditemani dengan sedih juga. saat ni aq faham kenapa akal rasional aq dulu menjadi terlalu kejam.

aq dah lama lupa bahawa satu2nya bende yg paling aq takuti dalam hidup ni adalah perpisahan..kehilangan. aq perlukan hidup yg stabil..tapi semua tu membosankan.

aq keliru..betul2 keliru..

salam~

No comments:

Post a Comment