Tuesday, January 27, 2009

tak salah rasanya mencintai..tak salah juga rasa ingin memiliki kerana sesungguhnya manusia memang mudah tergoda dengan yg indah2. aq ingat aq dah cukup dewasa untuk mengalahkan sebuah perasaan bernama 'cinta'..sudah terlalu bijak untuk menolak godaan dunia..sudah terlalu kuat untuk dihanyutkan oleh nafsu. hinggalah aq tersungkur..oleh sekecil2 nikmat..terlalu sementara tetapi membuatkan aq merana tatkala ia hilang. lama aq merawat luka ini sendiri. lama aq meyakinkan diri bahawa aq tak perlukan sesiapa dan aq mampu untuk mengatasinya..lama yg amat. sehingga aq tak betah bertahan lg. dugaan demi dugaan datang..hanya unt menyedarkan yg aq ini cuma manusia kerdil..hanya ibarat sebutir pasir di atas alam ALLAH yg terlalu besar ini. akhirnya aq menuju ke suatu tempat..aq mengadu pada-NYA..kukatakan aq mahu pulang..aq sudah tidak sanggup dibiarkan keseorangan tanpa rahmat dan kasih sayang-NYA. aq sujud lama..titisan air mata berjurai saat ku cium kain sejadah..aq rasa dekat dengan-NYA. aq merasa damai yg lain..tak pernah aq kucup ketenangan sebegini hakiki. YA ALLAH cintamu itu sesungguhnya nikmat terindah yg hadir dalam kehidupan seorang insan.

aq punya cita2 besar..malah tanggungjawab yg ku pegang kini juga besar. sesungguhnya aq menggenggan=m hati2 yg terlalu tinggi makanan jiwanya..dan terlalu rapuh andai ku calarkan dengan sembilu kecewa. maka kerapkali aq terasa ingin lari..dari kenyataan. maka kerapkali juga aq rasa aq ingin hidup unt diriku sahaja.,pergi jahanam dengan yg lain. kerana tika fikiran2 ini datang..aq tidak berutusan dgn tuhan...

No comments:

Post a Comment