Sunday, February 15, 2009

DIA~


salam~

kebelakangan ni banayk sangat tuhan tunjukkan kasih sayang dia pad aq. saat aq rasa betul2 seronok mengejar nikmat dunia..DIA tarik aq perlahan2 kembali ke jalan-NYA. semalam aq phadir ke ceramah or usrah dkt seksyen 14 PJ, dalam bangunan MAIS. mula2 aq expect ceramah ni boring as aq tak pernah suka sejarah n topik of the day is sirh after kewafatan baginda S.A.W. ugh aq ingat lg masa f.5 dulu ni lah topik yg plg aq benci coz banyak bangat fakta n tarikh n number n nama yg kene dihafal.

tapi semalam topik ni dibawa dengan cara yg berbeza. memberi aq melihat sesuatu dengan sudut pandangan berlainan. the speaker cakap banyak teks yg dipengaruhi oleh syiah so kene hati2 dalam memilih bahan bacaan. n dekat sekolah takde sape terangkan aq ape rasionalnya di sebalik semua yg dilakukan selepas kewafatan nabi muhammad S.A.W.

contohnya waktu para sahabat meninggalkan jenazah nabi untuk dimandikan oleh saidina ali dan mereka pergi berbincang tentang siapa yg patut mengganti nabi. actually aq tak pernah tau pasal bende ni but ade rasionalnya tindakan para sahabat tu. umat islam tak boleh ditinggalkan walau sehari pun tanpa pemimpin kalau tidak perpecahan akan berlaku dan usaha nabi selama ini untuk membangunkan islam akan jadi sia2.

n waktu nabi wafat, saidina umar sedih sangat sampai beliau mengugut unt memancung kepala sesiapa yg bercakap tentang kematian nabi. tapi abu bakar menenangkan umar dgn ayat al-quran :

bahawasanya muhammad itu bukan siapa2 melainkan seorang rasul. jika kamu beriman kerana muhammad maka dia telah wafat. tetapi jika kamu beriman kerana allah, maka kamu tidak akan meninggalkan agama ini.

sesungguhnya al-quran tu penawar penyakit hati kan..

then ade jugak dibincang tentang rasionalnya muawiyah mengangkat anaknya yazid unt menjadi khalifah. first dalam al-quran takde satu nas pon yg mengharamkan pemerintahan monarki tetapi diakui yg ini bukan lah yg terbaik dalam membentuk sebuah kerajaan. tapi muawiyah berpendapat pada awal2 pemerintahan bani umayyah, perpaduan umat islam masih sangat fragile jadi tak patut diberi kuasa unt memilih pemimpin tu kepada rakyat atau perpecahan akan berlaku sekali lagi. lagipon kredibiliti yazid untuk memimpin memang tak patut dipertikaikan kerana seorang ahli badar pernah meminta yazid unt mengimamkan solat jenazahnya.

pastu ade gak cakap pasal hassan al bana :

"ketika aq sibuk membincangkan permasalahan ummat sehingga menitiskan air mata, aq lihat pemuda pemudi lain sibuk menghabiskan masa di kedai2 kopi"

seriously aq sangat amat lah terasa waktu ni, macam zupppppp tepat ditujukan kat aq~

lagi satu yg buat aq insaf ialah kisah kaum nabi luth yg terbahagi pd tiga kelompok:

1.golongan homosex
2.golongan yg tak mengamalkan homoseks tapi tak mencegahnya
3.golongan yg tak mengamalkan dan mencegah

ALLAH telah menurunkan bala ke atas golongan yg pertama dan kedua..obviously kalau dikaitkan cerita tu dengan situasi sekarang, aq adalah golongan kedua! astaghfirullah~

banyak isi yg aq dapat dan sesungguhnya aq rasa sangat beruntung kerana dalam banyak2 org tuhan pilih aq unt mengikuti ceramah ni..YA ALLAH aq merasakan cintaMU dan aq ingin kekal dalam rasa ini...amiiiin~

salam:p

No comments:

Post a Comment