salam~
semalam ade usrah..kak azilah dan kak kimah sampai awal dari biasa. aq suka usrah..sangat suka..tapi bukan atas sebab2 yg skema seperti nak mendapatkan ilmu atau berubah pada kebaikan coz sume bende tu org dah sedia maklum. aq suka usrah sebab aq suka tengok 2 org wanita yg masih sangat2 muda umurnya, yg hidupnya penuh dengan tanggungjawab pada diri sendiri..sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit memikul tanggungjawab unt berdakwah ke jalan allah. aq tak pasti di mana aq saat umur mencecah usia mereka kelak..di pejabat? di rumah? atau berfoya2 menjilat rakus nikmat dunia? aq tak pasti..yg aq pasti mereka adalah org2 yg sangat kuat rasa cintanya pd mu RABB. inilah cinta yg aq butuh..yg aq dahagakan adalah kcekalan mereka berjihad melawan amarah. kata kak kimah semalam, khusyuk dalam solat itu adalah rasa takut pada sang pencipta tapi dalam masa yg sama mengecap ketenangan kerana rindu yg sekian lama ini terurai jua dengan satu pertemuan. aq tertanya kembali pada diri waktu aq kerjakan solat isya' jam 4:30 pagi semalam..lama aq fikir tapi malu untuk aq akui.. AKU TIDAK TAHU BAGAIMANA RASANYA TAKUT PADA TUHAN. aq cintakan dia, betul. aq merasakan bahawa dia yg maha berkuasa ke atas segala sesuatu yg terjadi di atas muka bumi ini..tapi aku lack dgn rasa TAKUT itu. dan kesedaran ni yg membuatkan aq lebih takut sebenarnya..macam mana aq nak dakwa yg aq beriman pada-NYA kalau aq tak rasa takut?????
RABB..ape yg selalu aq impikan adalah untuk menjadi kekasihmu. seperti sajak yg aq baca di MINGGUAN ahad dua minggu lepas: alangkah indahnya mendakap tubuh tulus rahmatmu, mengucup ulas bibir syahdumu dan membiarkan nubariku berlari bebas dalam benak rahim kekasihmu. aq penuh dengan cinta dan aq pasti bahawa cinta ini perlu aq dedikasikan untuk DIA yg tak pernah jemu mengasihiku. RABB..aq sedar yg aq bukan siapa2 di sisimu tapi bantulah aq untuk lebih dekat denganmu..merasa takut dan tenang.
last but not least, aq mendoakan kebaikan selalu mengiringi kakak2 naqibahku, sahabat2 usrah dan juga seluruh umat mu'min..amiin~
<$BlogDateHeaderDate$>
♥ <$BlogItemTitle$>
<$BlogItemBody$>
<$BlogItemDateTime$>
No comments:
Post a Comment