Tuesday, October 27, 2009

Sunday, February 15, 2009

DIA~


salam~

kebelakangan ni banayk sangat tuhan tunjukkan kasih sayang dia pad aq. saat aq rasa betul2 seronok mengejar nikmat dunia..DIA tarik aq perlahan2 kembali ke jalan-NYA. semalam aq phadir ke ceramah or usrah dkt seksyen 14 PJ, dalam bangunan MAIS. mula2 aq expect ceramah ni boring as aq tak pernah suka sejarah n topik of the day is sirh after kewafatan baginda S.A.W. ugh aq ingat lg masa f.5 dulu ni lah topik yg plg aq benci coz banyak bangat fakta n tarikh n number n nama yg kene dihafal.

tapi semalam topik ni dibawa dengan cara yg berbeza. memberi aq melihat sesuatu dengan sudut pandangan berlainan. the speaker cakap banyak teks yg dipengaruhi oleh syiah so kene hati2 dalam memilih bahan bacaan. n dekat sekolah takde sape terangkan aq ape rasionalnya di sebalik semua yg dilakukan selepas kewafatan nabi muhammad S.A.W.

contohnya waktu para sahabat meninggalkan jenazah nabi untuk dimandikan oleh saidina ali dan mereka pergi berbincang tentang siapa yg patut mengganti nabi. actually aq tak pernah tau pasal bende ni but ade rasionalnya tindakan para sahabat tu. umat islam tak boleh ditinggalkan walau sehari pun tanpa pemimpin kalau tidak perpecahan akan berlaku dan usaha nabi selama ini untuk membangunkan islam akan jadi sia2.

n waktu nabi wafat, saidina umar sedih sangat sampai beliau mengugut unt memancung kepala sesiapa yg bercakap tentang kematian nabi. tapi abu bakar menenangkan umar dgn ayat al-quran :

bahawasanya muhammad itu bukan siapa2 melainkan seorang rasul. jika kamu beriman kerana muhammad maka dia telah wafat. tetapi jika kamu beriman kerana allah, maka kamu tidak akan meninggalkan agama ini.

sesungguhnya al-quran tu penawar penyakit hati kan..

then ade jugak dibincang tentang rasionalnya muawiyah mengangkat anaknya yazid unt menjadi khalifah. first dalam al-quran takde satu nas pon yg mengharamkan pemerintahan monarki tetapi diakui yg ini bukan lah yg terbaik dalam membentuk sebuah kerajaan. tapi muawiyah berpendapat pada awal2 pemerintahan bani umayyah, perpaduan umat islam masih sangat fragile jadi tak patut diberi kuasa unt memilih pemimpin tu kepada rakyat atau perpecahan akan berlaku sekali lagi. lagipon kredibiliti yazid untuk memimpin memang tak patut dipertikaikan kerana seorang ahli badar pernah meminta yazid unt mengimamkan solat jenazahnya.

pastu ade gak cakap pasal hassan al bana :

"ketika aq sibuk membincangkan permasalahan ummat sehingga menitiskan air mata, aq lihat pemuda pemudi lain sibuk menghabiskan masa di kedai2 kopi"

seriously aq sangat amat lah terasa waktu ni, macam zupppppp tepat ditujukan kat aq~

lagi satu yg buat aq insaf ialah kisah kaum nabi luth yg terbahagi pd tiga kelompok:

1.golongan homosex
2.golongan yg tak mengamalkan homoseks tapi tak mencegahnya
3.golongan yg tak mengamalkan dan mencegah

ALLAH telah menurunkan bala ke atas golongan yg pertama dan kedua..obviously kalau dikaitkan cerita tu dengan situasi sekarang, aq adalah golongan kedua! astaghfirullah~

banyak isi yg aq dapat dan sesungguhnya aq rasa sangat beruntung kerana dalam banyak2 org tuhan pilih aq unt mengikuti ceramah ni..YA ALLAH aq merasakan cintaMU dan aq ingin kekal dalam rasa ini...amiiiin~

salam:p

Thursday, February 12, 2009

salam~

semalam ade usrah..kak azilah dan kak kimah sampai awal dari biasa. aq suka usrah..sangat suka..tapi bukan atas sebab2 yg skema seperti nak mendapatkan ilmu atau berubah pada kebaikan coz sume bende tu org dah sedia maklum. aq suka usrah sebab aq suka tengok 2 org wanita yg masih sangat2 muda umurnya, yg hidupnya penuh dengan tanggungjawab pada diri sendiri..sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit memikul tanggungjawab unt berdakwah ke jalan allah. aq tak pasti di mana aq saat umur mencecah usia mereka kelak..di pejabat? di rumah? atau berfoya2 menjilat rakus nikmat dunia? aq tak pasti..yg aq pasti mereka adalah org2 yg sangat kuat rasa cintanya pd mu RABB. inilah cinta yg aq butuh..yg aq dahagakan adalah kcekalan mereka berjihad melawan amarah. kata kak kimah semalam, khusyuk dalam solat itu adalah rasa takut pada sang pencipta tapi dalam masa yg sama mengecap ketenangan kerana rindu yg sekian lama ini terurai jua dengan satu pertemuan. aq tertanya kembali pada diri waktu aq kerjakan solat isya' jam 4:30 pagi semalam..lama aq fikir tapi malu untuk aq akui.. AKU TIDAK TAHU BAGAIMANA RASANYA TAKUT PADA TUHAN. aq cintakan dia, betul. aq merasakan bahawa dia yg maha berkuasa ke atas segala sesuatu yg terjadi di atas muka bumi ini..tapi aku lack dgn rasa TAKUT itu. dan kesedaran ni yg membuatkan aq lebih takut sebenarnya..macam mana aq nak dakwa yg aq beriman pada-NYA kalau aq tak rasa takut?????

RABB..ape yg selalu aq impikan adalah untuk menjadi kekasihmu. seperti sajak yg aq baca di MINGGUAN ahad dua minggu lepas: alangkah indahnya mendakap tubuh tulus rahmatmu, mengucup ulas bibir syahdumu dan membiarkan nubariku berlari bebas dalam benak rahim kekasihmu. aq penuh dengan cinta dan aq pasti bahawa cinta ini perlu aq dedikasikan untuk DIA yg tak pernah jemu mengasihiku. RABB..aq sedar yg aq bukan siapa2 di sisimu tapi bantulah aq untuk lebih dekat denganmu..merasa takut dan tenang.

last but not least, aq mendoakan kebaikan selalu mengiringi kakak2 naqibahku, sahabat2 usrah dan juga seluruh umat mu'min..amiin~

Tuesday, February 10, 2009

my name..

You Are Dreamy and Distracted
You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.You are usually the best at everything ... you strive for perfection. You are confident, authoritative, and aggressive. You have the classic "Type A" personality.You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

Monday, February 9, 2009

keinsafan~

betul lah..tuhan tu maha adil. bile pikir2 balik lau nak compare ujian yg dia bagi ni dengan nikmat yg dah aq rasa seumur hidup memang takde tandingannya. bukan aq berputus asa..cuma aq penat. ade mase2nye aq tertanya2 tak habis lagi ke ujian DIA untuk aku..aku takut satu masa nanti iman ni luntur dek kekecewaan..

tapi dalam pada aq tengah melayan dukalara jiwa ni tibe2 aq teringat kata2 s'one pada aq..yg aq kirimkan sebagai sms pada mak waktu pi awal2 accident tu.

"rasulullah itu kekasih ALLAH, tapi jika benar kenyataan ini, mengapa hidup baginda tak pernah senang? sedari kecil tak pernah melihat bapanya, ibu kesayangan pula meninggal saat dia benar2 memerlukan belaian, kemudian atuk dan bapa saudaranya diambil kembali oleh YANG ESA. ditambah pula dengan kesusahan mencari rezaki..tak letihkah baginda? mengapa ALLAH menyeksa kekasihnya sedemikian rupa.." itulah persoalan orang kafir terhadap kwn aq yg beragama islam..

satu saja jawapannya..ringkas dan logik "kerana kesusahan itu menjadikan kita kuat"

betullah kalau difikir2kan hidup takkan selamanya senang..kesusahan2 kecil ni lah yg mendewasakan kita dan menjadi pengalaman berharga untuk menempuhi hari mendatang. dunia ni cuma persinggahan..tu yang aq lupa..atau aq dah terbiasa mendefinasikan persinggahan sebagai satu jangaka masa yg amat singkat..atau aq kadang2 alpa mengingatkan adanya hari akhirat yg kekal abadi dan kedatangan mati yg jadi pemisah ant dunia nyata dan alam barzakh.

aq jadi lemah kerana aku jauh dariNYA..aq jauh dariNYA kerana aq malu..dan aq malu kerana aq banyak berdosa padaNYA..aq banyak berdosa kerana aq tidak benar2 ikhlas mencintaiNYA.

bila difikirkan aq tak perlukan seorang stranger untuk duduk di sebelah aq dan mendengar segala rungutan tentang hidup ni..DIA maha mendengar..dan selama ini tak pernah gagal dalam menunaikan hasratku..baik dengan berkata 'YA' untuk permintaanku atau memberikan yg terbaik..

cuma aq malu..saat menghadapnya aq merasa terlalu hina untuk merintih tentang hidup sedangkan mungkin ini yang selayaknya aq dapat setelah usaha tak seberapa. lagipun jika nak dibandingkan dengan hambaNYA yg lain, dugaan ni memang sangat kecil..terlalu amat remeh kalau nak compare dengan rakyat palestin yg saban hari bermandi darah demi mendapatkan kembali hak mereka. aku punya kebebasan, kemewahan malah kebahagiaan yg mereka impikan..dan aq sedar andai aq alpa..semua ini akan ditarik kembali dalam sekelip mata.

ya RABB, aq merinduimu..ingin sungguh mendakap rahmat dan kasih sayangmu..ajarlah aq erti cinta yg ikhlas wahai TUHAN semesta alam..

Saturday, February 7, 2009

lari..ke mana agaknya? aq terasa penat hari ni..tak tau kenapa..tibe2 hidup jadi sangat plain dan menyedihkan unt dilalui. aq nak terbang tinggi..jauh dari semua ni. pi sakit n dalam hati aq berbelah bagi antara nak buat yg terbaik untuk dia n beri dia pengajaran. then mak plak asyik mengeluh letih n dah tak larat nak menempuh ujian ni. duit keluar dengan lajunya tanpa nampak sebarang input. hati sakit sebab tak semua berjalan seperti yang dirancang. serious aq sendiri letih tengok mak menghadapi semua ujian ni. kalau la aq mampu buat lebih dari yg aq buat sekarang. adik2 lain plak sumenye cam melalui dilema. waktu2 macam ni aq rasa kesian sangat kat diorg. rasanya masa aq kecik dulu aq tak pernah lalui kesukaran camni. mesti jiwa diorg memberontak nak happy macam org lain yg sebaya diorg. pastu aq sendiri..nak belajar tapi takde semangat langsung. macam2 perkara jadi semenjak btn tu sampai aq rasa lemah sangat nak pikul tanggungjawab ni. aq minta ALLAH beri aq kekuatn..bantu lah aq..pimpinlah aq kembali..tapi aq asyik terlepas pegangan dia. then aq tak tau nak cakap semua ni pada siapa..aq wish sangat tibe2 ade org duduk sebelah aq..a stranger yg aq sangat pasti takkan aq jumpa lagi sepanjang hayat ni..then aq nak luahkan segalanya pada dia. nak mengeluh banyak2 sebab dada aq terasa berat sangat. nak meletup..macam gunung berapi yang tengah tunggu masa je nak keluarkan isi dia.. penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, February 1, 2009

nasib malang telah menimpa..ketakutan kesangatan keamatan!